Ayat Majmuk kpd Ayat Tunggal

Soalan 1:

Ayat-ayat di bawah ialah ayat najmuk. Cerakinkan ayat majmuk tersebut kepada tiga ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Pencari mutiara membawa bersama-samanya sebuah tukul kecil lalu menyelam dan mengetuk-ngetuk tiram yang ditemuinya.
    • Pencari mutiara itu membawa bersama-samanya sebuah tukul kecil.
    • Pencari mutiara itu menyelam.
    • Pencari mutiara itu mengetuk-ngetuk tiram yang ditemuinya.
  2. Sebaik sahaja mendrat di pantai, penyu itu akan menggali lubang lalu bertelur di dalamnya serta mengalirkan air mata seolah-olah menangis sebaik sahaja ia bertelur.
    • Sebaik sahaja mendrat di pantai, penyu itu akan menggali lubang.
    • Penyu itu bertelur di dalam lubang.
    • Penyu itu mengalirkan air mata seolah-olah menangis sebaik sahaja ia bertelur.
  3. Pasangan pelancong asing itu menghulurkan kamera kepada saya untuk meminta merakamkan gambar mereka lalu segera berdiri di hadapan Tugu Negara.
    • Pasangan pelancong asing itu menghulurkan kamera kepada saya.
    • Pasangan pelancong asing itu meminta merakamkan gambar mereka.
    • Pasangan pelancong asing itu segera berdiri di hadapan Tugu Negara.
  4. Polis yang tiba di tempat kejadian mengambil beberapa keping gambar, menyoal beberapa orang saksi, serta merakamkan percakapan pihak tertuduh.
    • Polis yang tiba di tempat kejadian mengambil beberapa keping gambar.
    • Polis yang tiba di tempat kejadian menyol beberapa orang saksi.
    • Polis yang tiba di tempat kejadian merakamkan percakapan pihak tertuduh.
  5. Gejala buli berlaku akibat pelajar yang gila kuasa, ingin dipandang hebat dan meletakkan kuasa di tangan sendiri.
    • Gejala buli berlaku akibat pelajar yang gila kuasa.
    • Gejala buli berlaku akibat pelajar yang ingin dipandang hebat.
    • Gejala buli berlaku akibat pelajar yang meletakkan kuasa di tangan sendiri.

 

Soalan 2:

Pisahkan ayat majmuk di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Masalah jerebu yang sedang melanda negara menyebabkan kesihatan penduduk terjejas malah turut mengurangkan jumlah kedatangan pelancong. Banyak sekolah terpaksa ditutup apabila Indeks Pencemaran Udara (lPU) berada dalam kategori ‘sangat tidak sihat’ dan situasi ini mengundang kebimbangan banyak pihak.

  • Masalah jerebu sedang melanda negara.
  • Masalah jerebu menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.
  • Masalah jerebu mengurangkan jumlah kedatangan pelancong.
  • Banyak sekolah terpaksa ditutup.
  • Indeks Pencemaran Udara (lPU) berada dalam kategori ‘sangat tidak sihat’.
  • Situasi ini mengundang kebimbangan banyak pihak.

 

Soalan 3:

Ceraikan ayat-ayat majmuk dalam ayat di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Malaysia mempraktikkan bioteknologi dan bidang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang ini dimajukan dalam sektor pertanian bagi menampung keperluan makanan negara. Rakyat boleh memanfaatkan teknologi untuk menambahkan pendapatan.

  • Malaysia merupakan negara yang mempraktikkan bioteknologi.
  • Bidang bioteknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
  • Bidang ini dimajukan dalam sektor pertanian.
  • Bidang ini menampung keperluan makanan negara.
  • Rakyat boleh memanfaatkan teknologi.
  • Rakyat boleh menambahkan pendapatan.

 

Soalan 4:

Ceraikan ayat-ayat majmuk dalam ayat di bawah agar menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud dan susunannya.

Selain pertalian keluarga, hubungan persahabatan yang baik berupaya memperbaiki semua aspek dalamckehidupan kita. Hal ini bukan sahaja memberikan kegembiraan malah memperbaiki tahap kesihatan kita. Kajian saintifik mendapati menjalani hidup sendirian dan enggan membina hubungan dengan individu lain akan melemahkan imunisasi tubuh.

  • Pertalian keluarga berupaya memperbaiki semua aspek dalamckehidupan kita.
  • Hubungan persahabatan yang baikberupaya memperbaiki semua aspek dalamckehidupan kita.
  • Hal ini memberikan kegembiraan.
  • Hal ini dapat memperbaiki tahap kesihatan kita.
  • Kajian saintifik mendapati menjalani hidup sendirianakan melemahkan imunisasi tubuh.
  • Kajian saintifik mendapati enggan membina hubungan dengan individu lain akan melemahkan imunisasi tubuh.