WATAK SAMPINGAN

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Watak sampingan novel ini ialah Pak Saidi. Watak ini menunjukkan beberapa perwatakan yang menarik.

Antara perwatakan yang ditunjukkan oleh watak Pak Saidi ialah beliau seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, beliau masih menoreh getah di kebun getahnya. Pak Saidi memikul tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah. Beliau turut menjemputnya balik pada waktu tengah hari.

Selain itu, Pak Saidi seorang yang berpandangan jauh. Misalnya, beliau amat mementingkan pelajaran anak-anaknya. Dia mengambil keputusan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris. Walaupun tindakannya ditentang oleh penduduk kampung, namun dia tetap menetapkan pendiriannya. Beliau sedar bahawa anak-anaknya akan memperoleh ilmu pengetahuan yang luas di sana.

Akhir sekali, Pak Saidi seorang yang berani. Buktinya, semasa kehadiran tentera Jepun di Sungai Ramal untuk mencari keluarga Leftenan Adnan, beliau sempat membunuh beberapa askar Jepun yang mengiringinya. Beliau hanya menggunakan keris sebelum beliau ditembak mati. Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada penduduk Sungai Ramal. Mereka menganggap Pak Saidi sebagai wira.

This entry was posted in NOVEL T4. Bookmark the permalink.

Leave a comment