Cakap Ajuk kpd Cakap Pindah 1

Tulis ayat-ayat di bawah semula dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. “Jangan berdiri di sini,” kata perempuan tua itu kepada Burhan.
    • Perempuan tua itu melarang Burhan berdiri di situ.
  2. “Selesaikan masalah pergaduhan antara kamu dengan kawan kamu dengan segera,” pinta ayah kepada adik.
    • Ayah meminta adik supaya menyelesaikan masalah pergaduhan antara adik dengan kawannya dengan segera.
  3. “Adakah orang itu tukang kebun baharu sekolah kita?” tanya Cikgu Aleena kepada pengetua.
    • Cikgu Aleena menanyai pengetua untuk memastikan sama ada orang itu ialah tukang naharu sekolah mereka.
  4. Kata Athirah dan Nibila, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.
    • Athirah dan Nabila memberitahu bahawa sebentar lagi mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur.
  5. “Ular! Ular!” Mak Cik Salmah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,” katanya lagi.
    • Mak Cik Salmah menjerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran dengan pasu bunga yang besar itu.
  6. Kata Dayang kepada Ramlah, “Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak untuk mengelakkan kamu daripada mendapat penyakit.
    • Dayang menasihati Ramlah supaya mengurangkan pengambilan makanan berlemak untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit.

 

This entry was posted in Cakap Ajuk kpd Cakap Pindah. Bookmark the permalink.

Leave a comment