Latar Masa

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat beberapa latar masa yang menarik dalam novel ini.

Antara latar masa ialah pada waktu pagi. Contohnya, Pak Saidi bangun awal setiap pagi ke kebun untuk menoreh getah, mengutip buah durian dan bersawah. Walaupun hujan pada sebelah pagi, dia masih ringan tulang melaksanakan tanggungjawabnya.

Selain itu, terdapat juga latar masa pada waktu petang dalam novel ini. Misalnya, pada sebelah petang, Pak Saidi masih sibuk bekerja di kebun sawahnya. Selepas penat bekerja, dia berehat sebentar di pondok sebelah sawah.

Seterusnya, novel ini juga mengandungi latar masa pada waktu malam. Buktinya, selepas makan malam, Adnan sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Pada masa itulah Pak Saidi menyampaikan hasratnya untuk menyekolahkan ketiga-tiga orang anaknya ke sekolah Inggeris. Hasrat itu dipersetujui oleh ketiga-tiga orang anaknya.

This entry was posted in NOVEL T4. Bookmark the permalink.

Leave a comment