Guru Kesayangan Saya

Tulis sebuah karangan biografi yang bertajuk “Guru Kesayangan Saya”.

Semua murid mempunyai seorang guru kesayangan mereka. Saya juga tidak terkecuali. Guru kesayangan saya ialah Cikgu Chong Pooi Ling. Cikgu Chong merupakan guru kelas saya. Beliau mengajar saya Bahasa Melayu.

Saya suka akan Cikgu Chong kerana beliau ialah seorang yang bertanggungjawab. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Apabila kami mengalami masalah dalam pelajaran, beliau akan memberi tunjuk ajar kepada kami dengan sabar.

Selain itu, Cikgu Chong seorang yang penyayang. Apabila kami melakukan sesuatu kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebaliknya, dia akan menasihati kami supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Seterusnya, Cikgu Chong juga seorang yang rajin. Beliau sentiasa memastikan pengajarannya menarik. Beliau pandai bercerita dan menggunakan cara ringkas untuk mengajar kami. Oleh itu, kami mudah faham apa-apa yang diajar oleh beliau.

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang guru seperti Cikgu Chong, Saya berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa beliau.

This entry was posted in Karangan. Bookmark the permalink.

Leave a comment