Imbas Kembali Novel T4 & T5

Novel yang saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa manakala novel yang saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah Tirani Beb Sabariah. Kedua-dua buah novel ini mengandungi beberapa peristiwa berkaitan teknik imbas kembali.

Dalam novel tingkatan 4, terdapat peristiwa imbas kembali tentang kehebatan dan kejatuhan Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, Pak Saidi menceritakan kegemilangan kesultanan Melaka suatu masa dahulu kepada Mak Milah. Namun, kerajaan yang begitu kuat dan berkuasa itu berakhir akibat sikap negatif pemimpin dan pembesar Melaka.

Dalam novel tingkatan 5 pula, terdapat juga ingatan kembali Waheeda terhadap peristiwa mengenai dirinya. Misalnya, dia teringat kembali kisah zaman kanak-kanaknya. Dia teringat semasa pulang dari sekolah, dia selalu diejek oleh kawan-kawannya kerana mereka mengatakan bahawa wajahnya hodoh seperti hantu.

This entry was posted in NOVEL T4, NOVEL T5. Bookmark the permalink.

Leave a comment