Konflik Watak Utama T4

Novel yang saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latib bin Talip manakala novel yang saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama kedua-dua buah novel ini.

Watak utama novel tingkatan 4 ialah Adnan bin Saidi. Salah satu konflik yang dihadapi oleh beliau ialah penentangan daripada Budin. Contohnya, penentangan antara Adnan dan Budin bermula pada perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju dengan Adnan. Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat.

Watak utama novel tingkatan 5 pula ialah Waheeda. Salah satu konflik yang dihadapi oleh Waheeda ialah penentangan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik pada wajahnya. Misalnya,Waheeda merupakan seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Oleh sebab itu, dia selalu diejek oleh rakan-rakannya di sekolah. Hatinya sentiasa terluka dan menyebabkannya ingin menjalani pembedahan plastik. Pada asalnya, bapa Waheeda membantah hasratnya itu. Ibu Waheeda juga memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa-apa yang dihajatinya. Malangnya, Waheeda diserang  oleh seekor monyet Belanda menyebabkan mukanya tercedera. Akhitrnya, Waheeda dapat memjalani pembedahan plastik yang diingininya selama itu.

 

This entry was posted in NOVEL T4, NOVEL T5. Bookmark the permalink.

Leave a comment