Sajak T4: www.sibermerdeka.com.my

Soalan 1

  • Apakah maksud rangkap keempat sajak “www.sibermerdeka.com.my”?
    • Maksud rangkap keempat sajak ini ialah pengajak tetap terpedaya oleh tipu muslihat walaupun dia sentiasa berhati-hati. Namun, dia bernasib baik kerana dia sedar akan tipu muslihat tersebut.
  • Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari?
    • Pada pendapat saya, antara langkah ialah kita boleh membuat perancangan awal sebelum melakukan sesuatu perkara. Selain itu, saya boleh memperoleh nasihat daripada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu. Seterusnya, saya juga boleh berbincang dengan kawan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
    • Antara nilai ialah nilai keinsafan. Contohnya, penyajak sedar akan kesilapan yang dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan itu. Selain itu, sajak ini juga mangandungi nilai kebijaksanaan. Misalnya, penyajak membuat perancangan dengan bijak sebelum melakukan sesuatu perkara.
This entry was posted in KOMSAS T4, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment