Latar Tempat

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat beberapa latar tempat yang menarik dalam novel ini.

Antara latar tempat ialah Kampung Sungai Ramal. Contohnya, Pak Saidi dan keluarganya tinggal di Kampung Sungai Ramal. Setiap pagi, Pak Saidi bangun awal. Selepas bersiap sedia, dia bertolak ke kebunnya untuk menoreh getah, mengutip buah durian dan bersawah.

Selain itu, terdapat juga latar tempat di kebun sawah. Misalnya, Pak Karim rajin bersawah di kebun sawahnya. Sedangkan Pak Saidi duduk berehat setelah penat bersawah, Pak Karim datang menjumpainya. Pak Karim menghulurkan duit hasil jualan getah yang dihulurkan oleh Ah Chong kepada Pak Saidi.

Seterusnya, novel ini juga mengandungi latar tempat di ruang tamu rumah Pak Saidi. Buktinya, Selepas makan malam, Adnan sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Pada masa itulah Pak Saidi menyampaikan hasratnya untuk menyekolahkan ketiga-tiga orang anaknya ke sekolah Inggeris. Hasrat itu dipersetujui oleh ketiga-tiga orang anaknya.

This entry was posted in NOVEL T4. Bookmark the permalink.

Leave a comment